⏰ Actual Time: 0:00

🎵 81. Surah At-Takwiir

Dimuat naik oleh: azree.central@gmail.com

23
Jumlah Klik
4:38
Durasi

🎧 Pemain Muzik

📝 Lirik Lagu

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila matahari dilingkari cahayanya Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya Dan apabila neraka dinyalakan menjulang Dan apabila Syurga didekatkan Tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya Dan malam, apabila ia hampir habis Dan siang, apabila ia mulai terang Sebenarnya Al-Quran itu sungguh-sungguh Kalamullah Utusan yang mulia Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy Yang ditaati di sana, lagi dipercayai Dan sebenarnya sahabat kamu itu bukanlah ia seorang gila Dan Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam Maka ke manakah kamu hendak pergi Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam
← Kembali ke Carta