📝 Lirik Lagu
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku
Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat
Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah apalah jua kiranya akan dosaku
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan
Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan [Al-Ankabut 30]
Wahai Tuhan kami, kami beriman, oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi. [Al-Maaidah 83]
Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.
[Al-Maaidah 114]