📝 Lirik Lagu
91. Surah Asy-Syams
1. Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang.
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya.
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya.
5. Demi langit dan Yang membinanya.
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya.
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya.
8. Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih.
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya.
11. Kaum Thamud telah mendustakan Rasulnya dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas.
12. Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka.
13. Maka berkatalah Rasul Allah Nabi Soleh kepada mereka: Janganlah kamu ganggu unta betina dari Allah itu, dan janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat air minumnya.
14. Setelah Nabi Soleh memberi amaran lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka.
15. Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikian.