⏰ Actual Time: 0:00

🎵 88. Surah Al-Ghaasyiyah

Dimuat naik oleh: azree.central@gmail.com

34
Jumlah Klik
4:20
Durasi

🎧 Pemain Muzik

📝 Lirik Lagu

88. Surah Al-Ghaasyiyah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sudahkah sampai kepadamu perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas, Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka selain dari pokok-pokok yang berduri, Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. Muka pada hari itu berseri-seri, Berpuas hati dengan balasan amal usahanya, Di dalam Syurga tinggi, Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia, Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir, Di situ juga ada pelamin-pelamin yang tinggi, Dan piala-piala minuman yang disediakan, Dan bantal-bantal yang teratur, Serta hamparan-hamparan yang terbentang. Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
← Kembali ke Carta