⏰ Actual Time: 0:00

🎵 86. Surah At-Taariq

Dimuat naik oleh: azree.central@gmail.com

49
Jumlah Klik
4:47
Durasi

🎧 Pemain Muzik

📝 Lirik Lagu

Surah At-Taariq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi langit dan At-Taariq; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia At-Taariq itu? Ialah bintang yang menembusi sinaran cahayanya; Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga. Maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air yang memancut; Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya, Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati, Maka tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan, dan tidak ada penolong. Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus, Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. Sesungguhnya mereka bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat. Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
← Kembali ke Carta