Bahagian 3
Lirik Lagu — Senja di Pasir Salak (berdasarkan Senja Nan Merah)
Masihkah kita teringat
Di tepi Sungai Perak
Ketika Birch datang memungut
Cukai tanpa runding
Dato’ Lela bermesyuarat
Sultan Abdullah turut berbincang
Dato’ Sagor menyokong langkah berjuang
Mereka bangkit menentang
Mencipta gelora berani
Di bumi Pasir Salak
Pandak Endut menikam Birch di mandi kota
Dalam redanya senja
Melayu bersatu jiwa
Menentang keangkuhan kuasa
Membela adat pusaka bangsa
Kerana Birch sombong diri
Tidak hormat adat negeri
Cukai diambil semua
Kuasa hilang di tangan
Sultan Abdullah berduka
Pembesar marah kehilangan kuasa
Rakyat menderita di tanah sendiri
Bumi Perak berdarah lagi
Namun kuasa British tiba
Dengan tentera menyerang
Dato’ Lela dan Sagor dihukum gantung
Sultan Abdullah dibuang jauh
Ke Seychelles yang sunyi
Perak jatuh di bawah kuasa asing
Hasil negeri dibawa pergi
Masihkah kita mencari
Erti perjuangan itu
Demi maruah dan adat kita, mereka korban jiwa
Walau kalah di dunia
Namun semangat menyala
Dalam sejarah bangsa tercinta
Seperti senja merah membara
Di Pasir Salak bersejarah
Kita kenang perjuangan mulia, menuntut kedaulatan bangsa
Di balik awan yang merah
Tersimpan kisah berdaulat
Perak bangkit maruahnya, takkan dilupa selamanya